Kelebihan Bangun Pagi:
1. Tubuh Mendapat Nutrisi Penting
Dengan bangun pagi, waktu untuk sarapan pasti ada. Sarapan adalah bahan
bakar bagi tubuh kita untuk melakukan berbagai aktiviti seharian. Kita
pun memiliki waktu untuk menyiapkan sarapan yang sihat, lazat dan
bergizi.
2. Tubuh melakukan olah gerak
Energi penuh akan kita dapatkan dengan melakukan olahraga di pagi hari.
Tubuh akan memiliki tenaga dan merasa segar sehingga kita siap melakukan
pekerjaan rutin.
3. Fikiran lebih tenang
Bangun pagi membuat kita memiliki banyak waktu sehingga kita tidak perlu
tergesa-gesa dalam menyiapkan sesuatu. Tidak lewat pergi kerja. atau
terhindar keadaan yang dapat membuat kita stres.
4. Tidur lebih berkualiti
Seperti diketahui dengan tidur yang cukup mampu mengurangi berbagai efek
negatif pada wajah seperti penuaan dini atau kerutan. Dengan bangun
pagi, irama pada tubuh akan menjadi stabil. ini secara tidak langsung
akan memperbaiki kualiti tidur.
Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10.
Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda.
Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya
masih
