Sunday, December 1, 2013

Ranking Dunia skuad Hoki Negara-[Lelaki]

Skuad hoki lelaki negara kekal di ranking ke-13 dunia dgn 1069 mata. Peningkatan prestasi yang konsisten dan berjaya menempatkan diri di dlm 10 pasukan terbaik dunia ketika Kejohanan Hoki Liga Dunia di Johor Bahru tempoh hari serta konsisten di Piala Asia dgn mendapat tempat ke-4 telah membantu skuad negara utk merapatkan jurang mata dgn Juara Hoki Benua Afrika iaitu Afrika Selatan yg berada di ranking ke-12 dunia dgn 1171 mata. Ranking ini telah dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada 27 hb November 2013.
 
Sekalung syabas kami ucapkan buat skuad hoki negara. Kami sebagai peminat setia hoki negara berbangga dgn anda kerana hasil penat lelah anda serta daya fokus yg berterusan, anda telah membuat seluruh rakyat Malaysia gembira dgn layak ke Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2014.

Teruskan peningkatan dan aksi yangg garang utk kejohanan bertaraf dunia pada tahun hadapan!

 Untuk mengikuti perkembangan skuad hoki negara bolehlah ke page facebook ini:

JOM BERSOSIAL DENGAN MAT TYPO.
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →